Tentang Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nama saya Muhamad Anuar Bin Marsib.... Anda boleh panggil saya Anuar ataupun Encik Anuar..

Saya merupakan seorang Penulis blog sambilan sejak tahun 2010 sehinggalah sekarang. Tujuan saya menulis blog adalah disebabkan minat.

Blog bengkelblogjke.blogspot.my diwujudkan ketika saya menganjurkan/mengendalikan bengkel penulisan blog buat kali pertama dalam hidup saya, iaitu pada 11 Februari 2016.

Bengkel Penulisan Blog Pertama yang saya anjurkan/kendalikan

Bengkel tersebut simple sahaja. Peserta yang menghadiri bengkel tersebut terdiri daripada rakan-rakan sekerja saya.. ;)

Sewaktu Memberi Kursus di JKE..

Layakkah saya menganjurkan/mengendalikan Bengkel penulisan blog? 

Layakke saya menganjurkan/mengendalikan bengkel penulisan blog?

Itulah soalan yang sering bermain di minda saya, apabila ada kenalan yang meminta saya menganjurkan bengkel tersebut kira-kira 2 tahun lepas.

Pada mulanya saya rasa tak layak. Sebab saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Legipun saya bukan seorang penulis blog sepenuh masa. 

TETAPI

Apabila mengimbau balik penglibatan saya dalam bidang ini dah melebihi setengah dekad, saya rasa mungkin dah sampai masanya untuk saya berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam bidang penulisan blog.



Blog/Web yang pernah dihasilkan: 


Berikut merupakan beberapa blog yang pernah saya hasilkan setakat ini..










Contest/Cabaran Affiliate yang pernah dimenangi

Setakat ini tak banyak pun Contest/cabaran Affiliate yang pernah saya menangi. Tapi pernahlah juga merasa memenangi beberapa Contest/cabaran affiliate yang dianjurkan oleh blogger/usahawan internet tempatan, antaranya:

Menang Tempat Pertama Blogger Contest Talkshow Limpahan Rezeki

Bersama hadiah-hadiah yang berjaya dimenangi dalam Blogger Contest Talkshow Limpahan Rezeki

Menang Tempat Kedua Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati


Menang Contest Destinasi Honeymoon Impian

Menang Tempat ke 18 Cabaran Affiliate PTD


Penglibatan Dalam Bidang Penulisan..
  • Ebook Mencari Sumber Pendapatan Di Internet
  • Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku




Berminat nak dapatan ebook ini secara PERCUMA? sila Klik Di Sini


Berminat nak dapatan ebook ini secara PERCUMA? sila Klik Di Sini

Walaupun saya akui hasil penulisan saya tidaklah sebaik mana, tapi saya amat berharap mesej yang ingin saya sampaikan dapat difahami oleh pembaca ebook dan blog saya...

Dengan adanya platform ini, saya berharap dapat membantu ramai orang yang berminat untuk memiliki blog sendiri dan seterusnya dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, tolong jangan segan silu untuk hubungi saya.. Kalau saya tahu, saya akan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan dengan kadar segera.. Tapi kalau saya tak tahu, saya akan cuba menghubungi individu atau mendapatkan rujukan tertentu (talian hayat) untuk mendapatkan jawapan yang sepatutnya.. Cara nak hubungi saya mudah sahaja:

e-mail : anuarmarsib@gmail.com,
             nuargto@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/groups/1292430624117030/
                 http://www.facebook.com/muhamadanuar.m


1 comment:

  1. penulisan seseorang adalah subjektif...saya respek dengan penulis yang menulis dengan cara yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan gaya penulis yang lebih popular atau penulis yang menulis kerana permintaan pembaca ...

    ReplyDelete

Penaja Utama